Lima orang budak a.k.a. Heroes

what is the most unforgetable moment time korang belum baligh lagi? sure pakai kain pelikat ikat di leher konon jadi superman pon ada. What ever korang punya moment itu. Catat dalam notepad sendiri ye. Klik "Read more" untuk membaca keseluruhan cerita.

This entry is about lima budak belum baligh yang dah ala-ala pendekar hang tuah. bukan macam upin dan ipin. Selalunya dalam situasi yang genting. otak parents akan trigger untuk selamatkan anak-ana diaorang. and budak-budak kurang faham dengan situasi yang sedang berlaku. but bagi lima orang budak putih ni. there's extraordinary story which did something "BIG" although others consider them "SMALL"

1. Nathan Thomson



Seorang budak belum baligh yang telah ditikam pisau pada bahagian mukanya, ditikam semasa cuba menyelamatkan ibunya daripada orang mabuk bahlul. Nathan Thomson melakukan gaya ala-ala Tom Cruise dengan melompat ke belakang Hugh Clark, pemabuk yang ingin menikam ibu Nathan.

Hugh Clark si pemabuk telah menikam Ena, ibu Nathan sebanyak lapan kali, dan kemudiannya mengalihkan arah pisau dan menikam muka Nathan setelah terkejut beruk melihat Nathan cuba jadi superhero. Luckily kedua-dua anak-beranak ini terselamat kerana aksi tikam menikam berlaku di kawasan public area dan orang ramai membantu menyelamatkan anak-beranak.

2. Charlie Simpson



Budak berumur 7 tahun membonceng basikal sekililing bandar bagi mengutip derma untuk membantu mangsa gempa bumi di Haiti.

Charlie memulakan aktiviti mengutip derma dengan short message berbunyi "My Name is Charlie Simpson, I'm trying to hold an activity sponsor cycling for Haiti because there was an earthquake and many people lost their lives because of it, I want to raise mone to buy food, water and tents for all victims of Haiti".

Harapan si Charlie ini untuk mengutip derma sebanyak 500euros setelah kayuh basikal sejauh 15miles. Tetapi nampak sangat budak ini muka innocent bukan kaki penipu, muka menentuh perasaan, so ramai orang telah derma dan si Charlie berjaya mengumpul sebanyak 120 000 euros untuk mangsa gempa bumi di Haiti

3. Lin Hao



Seorang kanak-kanak yang telah menyelamat kawan-kawan kelasnya semasa gempa bumi, Lin Hao merupakan kanak-kanak darjah dua dan menjadi ketua kelas di sebuah kelas yang mempunyai sebanyak 30 orang murid. Semasa gempa bumi berlaku, seluruh bangunan runtuh dan jatuh ke atas Lin Hao dan kawan-kawannya

Seluruh murid di kelas itu cuba menyelamatkan nyawa masing-masing, tetapi sebelum Lin Hao lari daripada bencana tersebut, beliau kembali ke kelas yang runtuh tadi dan menyelamatkan kawan-kawannya yang tersepit dicelah-celah batu runtuhan.

Apabila ditanya kenapa beliau sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan kawan-kawannya, beliau menjawab dengan slumber "Saya seorang ketua kelas, sebagai ketua kelas, memang merupakan tanggungjawab saya untuk menyelamatkan kawan-kawan saya" Wow terharu siot

4. Alexis Goggin



Budak berumur tujuh tahun ini menggunakan badannya yang debab montel untuk melindungi ibunya

Alexis Goggin, seorang budak yang masih darjah satu diberi gelaran "angel from heaven" kerana melompat dihadapan penembak dan menggunakan badannya sebagai perisai untuk menghalang daripada ibunya ditembak.

Ibu kepada budak tersebut, Selietha Parker, yang berumur 30 tahun, telah ditembak dibahagian kiri lengan oleh teman lelakinya. Teman lelaki dia mungkin tengah mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah Selietha, dan kemudiannya Alexis melompat ke arah depan penembak tersebut, menggunakan perutnya yang comel buncit, menghalang dan merayu agar penembak itu tidak menembak ibunya. Luckily kedua-duanya masih hidup dan dapat diselamatkan. Tak sia-sia ibu dia mengandungkan dia.

5. Ibrahim Ouaida



Kanak-kanak yang berumur 8 tahun, mati lemas setelah menyelamatkan kakaknya. Insiden ini berlaku semasa Ibrahim sedang berenang bersama kakaknya yang berumur 10 tahun di pantai Melbourne.

Dengan tidak semena-mena ombak besar datang dan menarik mereka berdua ke kawasan yang lebih dalam. Kakaknya yang tidak dapat berbuat apa-apa dan hampir lemas menjerit meminta pertolongan.

Ketika itu Ibrahim berenang ke arah kakaknya dengan menjerit "Kak,aku datang! aku datang!". Ibrahim menarik kepala Sarah dan cuba membawanya ke arah persisiran pasir pantai. Semasa mereka berdua terapung dan sudah nyawa-nyawa ikan, Ibrahim berkata kepada kakaknya "Kak, aku sayang kak, kak akan selamat jangan risau"

Setelah seorang penyelamat datang, Ibrahim meminta tolong untuk menyelamatkan kakaknya yang sudah tidak sedarkan diri sambil berkata kepada penyelamat tersebut "Tolong selamatkan kakak aku, ibuku sangat memerlukannya, dia amat bererti".

Setelah penyelamat menarik Sarah ke pantai, mereka kembali untuk menyelamat Ibrahim, tetapi malangnya Ibrahim sudah meninggal, mati kelemasan. Atas jasanya Ibrahim diberi "Bravery Medal" oleh pemerintah setempat.

Sumber: Ulax wordpress