Wajah sebenar Bandi Amuk

Kepada peminat-peminat yang selama ini tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rupa Bandi Amuk di sini kami memaparkan wajah sebenar Bandi yang selama ini terselindung di sebalik topeng.







Bandi mendedahkan wajahnya ketika majlis persandingan anak sulungnya. Ialah takkanlah Bandi nak bertopeng pula ketika berdepan dengan besan. Takut pula besan dengan tok kadi lari apabila melihat dia kekal dengan imej begitu.

uCreative: Confidence to product



3 million dollar diletakkan dalam bulletproof glasses di sebuah bus stop. Semua orang cuba pecahkan tapi no one yang boleh pecahkan cermin ini. Memang super confidence dengan produk sendiri sebuah syarikat bernama 3M ni. Terbaik! Agak impossible untuk iklan begini ada di Malaysia.

Bunuh diri kerana kecewa





Mangsa serangan asid Pakistan, Fakhra Younus mengambil keputusan membunuh diri kerana kecewa dengan nasib dirinya selepas menjalani pembedahan lebih 30 kali sejak lebih satu dekad lalu bagi memperbaiki wajah dan anggota badan.

Bekas penari berusia 33 tahun ini diserang bekas suami dan juga bekas ahli perundangan dan anak lelaki seorang ahli politik berpengaruh.
Fakhra melompat dari tingkat enam sebuah bangunan di Rome yang menjadi kediaman dan tempat rawatannya.






Perbuatannya membunuh diri pada 17 Mac lalu dan ketibaan mayatnya di Pakistan Ahad lalu mencetuskan semula perbahasan hangat mengenainya selepas mendapat liputan besar antarabangsa.

Kematiannya berlaku kurang sebulan selepas seorang penerbit filem Pakistan menang Oscar menerusi dokumentari mangsa asid.
Fakhra bekerja sebagai penari di kawasan lampu merah di Karachi apabila berkenalan dengan Bilal Khar, bakal suaminya yang juga anak lelaki bekas gabenor Punjab, Ghulam Mustafa Khar. Ia adalah perkahwinan ketiga Ghulam yang berusia 30-an ketika itu.

Pasangan itu berkahwin selama tiga tahun sebelum Ghulam meninggalkan Fakhra selepas dituduh mendera dan berkasar bahasa dengannya