Tips: Tayar Kereta

Entri kali ini berkenaan dengan tayar kereta. Khas bagi orang yang memandu kereta tetapi langsung tidak pernah belajar untuk membuka tayar kereta.

Idea untuk entri kali ini muncul kerana aku teringat kembali keadaan semasa untuk menukar tayar buat kali pertama.mltan100.blogspot.com

Ketika aku ke kedai tayar untuk menghantar tayar yang pecah itu, aku lihat bahagian dalam tayar kereta. Ianya amat berbeza, dan pelik! question
Tayar kereta adalah tubeless, dimana kereta masih mampu bergerak pada suatu tempoh tertentu walaupun dicucuk oleh paku.
Kembali kepada cerita di kedai tayar, setelah tauke mengeluarkan tayar daripada bahagian rim, di dalamnya seolah-olah kosong bagaikan tiada apa didalamnya. walaupun tayar dalam getah yang kita selalu lihat pada motorsikal. Apa yang dapat aku katakan adalah tayar kereta sangat memeningkan kepala otak aku. Cuba pecahkan tayar kereta korang dan bawa ke kedai tayar. Lihat dengan mata sendiri.

Tips aku kali ini, jikalau tayar kereta pecah, perkara pertama yang harus dilakukan ialah:
1) Berhenti kereta dengan segera
Berhenti kereta dengan segera jika tersedar sesuatu yang ganjil berlaku ketika anda
memandu. Ianya untuk mengelakkan tayar kereta anda rosak dengan lebih teruk.
Selain daripada itu, ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

2) Jangan Panik
Kalau panik, kerja mudah pun boleh jadi susah. Rileks, jangan mudah mengelabah, setahun sekali je pun, bukannya selalu. maka janganlah gelabah sial.

3) Telefon bengkel kereta atau tukar sendiri?
Jikalau anda tahu untuk menukar tayar kereta, dinasihatkan tukarlah sendiri berbanding telefon bengkel kereta. Selain dapat menjimatkan kos menukar tayar di bengkel, ianya juga dapat menjimatkan masa anda daripada menunggu lori tunda daripada workshop

4) Peralatan
Jika anda membuat keputusan menukar tayar sendiri, buka bonet belakang kereta dan perhatikan didalamnya sama ada terdapat peralatan yang sesuai untuk menukar tayar.

5) Langkah-langkah menukar tayar
Ok jika peralatan seperti jack dan lain-lain lagi sudah ada. Mulakan dengan memasukkan jack di bahagian bawah kereta. Cuba cari bahagian yang keras dan sesuai. Setelah kereta 'terangkat', cuba bukakan nut dengan peralatan yang sesuai

Malas untuk bercerita panjang, lebih baik anda tonton video cara-cara untuk menukar tayar yang disediakan di bawah.

Video tukar tayar 1
Video tukar tayar 2

Berhati-hati semasa menukar tayar mltan100.blogspot.com