Ashton chen



Aku tidak pasti sama ada ramai orang masih ingat akan budak berkepala botak di atas. tapi bagi aku. wah budak ini adalah idola semasa zaman kanak-kanak. budak lelaki berkepala botak yang pandai kung fu..



tiba-tiba teringat akan cerita kung fu pada zaman kanak-kanak dulu. kalau tidak silap cerita kungfu budak berkepala botak ini selalu disiarkan di TV2. habis tonton mesti ada pengaruh. tiru aksi kungfu dalam bilik air la. macam-macam. haha. rasa rindu pula nak tengok cerita kungfu budak tersebut

movie kungfu budak berkepala botak selalunya disiarkan pada tahun 1997 dan keatas. aku tidak ingat tahun yang spesifik. memang best wa cakap lu.

nama sebenar budak ini ialah Ashton chen. umur dia adalah tua daripada aku selama setahun. sekarang dah besar panjang. still berkungfu ke? haha

video: Little Shaolin

sedikit gambar kanak-kana tersebut. daripada kecil sehinggalah besar









ini bila diaorang dah besar panjang.