Segmen Baru: Sejenak Bersama Doktor



Ruangan terbaru di blog aku. 'Sejenak Bersama Doktor'. Ruangan ini adalah untuk menjawab soalan daripada pengunjung blog yang menghadapi masalah atau kemusykilan atau apa saja soalan yang memerlukan jawapan daripada pakar. Dengan kata lain, ianya adalah blog kaunseling.

Ruangan ini tiada kena mengena dengan Johan Raja Lawak atau sebagainya. Aku bosan dan muncul idea untuk satu segmen merepek. Jawapan yang diberikan juga mungkin adalah merepek. Haha.

Maka, apa sahaja soalan atau soalan bodoh mengenai masalah diri atau sedang menghadapi masalah. Jangan malu jangan segan, anda berada do blog yang benar. Tanya je.

Nota: Jawapan yang diberikan tidak semestinya serius. Mungkin akan dijawab dengan gaya yang seakan-akan bodoh tetapi jawapan yang benar. Dan juga tidak semestinya semua soalan adalah ditanya daripada pengunjung blog.

Mesti tonton:
Sesi Video kaunseling bersama Doktor Fazilah Cometome.