sekian lama



sudah lama tidak mencantikan blog. bersawang. aku sudah tamat diploma.
tunggu untuk berkonvo pada 7hb Ogos 2010. amin.
semua entri lama telah disorokkan. kerana menyebabkan layout blog
akan berserabut. kali ini. penulisan blog harus dijaga.

pekerjaan:
buat masa sekarang. aku telah dipanggil sebanyak dua interview. plexus. dan seagate.
nampaknya aku ada harapan untuk bekerja di plexus. gaji boleh tahan.
tapi aku masih belum menghadiri interview di kilang seagate. jika gajinya lebih tinggi.
maka aku ingin bekerja di kilang seagate.

jika aku dapat bekerja dengan gaji yang berpatutan:
.beli banyak baju dan seluar. sudah sekian lama tidak membeli-belah. nafsu dan memuncak.
.servis kereta yang dipandu sekarang. aku selalu naik kereta tetapi tidak ambil peduli
tentang minyak hitam. tayar. radiator kereta. dan sebagainya. jika bergaji. aku ingin servis
kereta. agar sedap dipandu. fuh

sambung pengajian:
tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menyambungkan pelajaran (ijazah sarjana muda).
buat masa sekarang. aku belum fikir untuk sambung belajar. tetapi. aku sedang mengumpul
maklumat tentang UTM, USM, UNIMAP, UUM. pengajian jarak jauh. insyaallah jika tiada halangan.
tahun depan aku cuba merisik salah satu daripada universiti di atas. amin.
sambil kerja sambil belajar. kumpul duit dulu.